Asset 1

Zainal resah kecederaan lama berulang lagi

Kecederaan harmstring yang dialami sejak lebih seminggu lalu, tampak meresahkan Zainal Abidin Hamzah tatkala dia berharap ia tidak menjejaskan persiapan untuk menghadapi musim baru MPFL.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan ketika sesi latihan secara online.

Satu-satunya kelegaan Zainal adalah MPFL dijangka tidak berlangsung dalam tempoh terdekat selepas sepak mula ditangguhkan FAM.

Justeru dia berharap dapat pulih tepat pada waktunya.

“Kecederaan ni kecederaan lama, kena masa latihan dua tahun lepas. Sekarang kena balik masa online training minggu lepas sebab salah buat rutin. Sekarang ni tengah fokus pada pemulihan.

“Memang sedikit bimbang ia ambil masa lama untuk pulih nanti terlepas pula aksi liga, tapi kemungkinan liga pun ditangguhkan lebih lama jadi saya harap dapat guna masa ini sebaik mungkin dan cergas sepenuhnya untuk musim baru,” ujar Zainal.