Asset 1

SMGB Group penaja rasmi PRFC

Kami dengan bangganya mengumumkan telah memeterai perjanjian kerjasama bersama SMGB Group sebagai Penaja Utama Rasmi Kelab Futsal Pahang Rangers.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMGB, Dato ‘Lee Chung Han berkata, “Kami merasa bangga menjadi penaja utama Pahang Rangers dari tahun 2021.

“Objektifnya adalah untuk bekerjasama dengan Pahang Rangers untuk mencipta peluang dan mengasah bakat baru dari Pahang melalui futsal serta untuk menyokong Pahang Rangers dalam mencapai matlamat mereka untuk menjadi pasukan futsal terbaik di Asia, dan tidak lama lagi di dunia.

“Melalui kolaborasi ini, SMGB Group dan Pahang Rangers merancang untuk menganjurkan klinik futsal dan akademi, dan untuk menjangkau masyarakat misalnya masyarakat Orang Asli di Lanchang, dan juga untuk menyokong kerja baik pulih di Perlindungan Gajah Nasional Kuala Gandah.

Kami berbesar hati mengalu-alukan Kumpulan SMGB dan berharap dapat melihat banyak hasil positif dari kerjasama ini pada tahun-tahun akan datang.

Mengenai Kumpulan SMGB

SMGB Group berasal dari asas penerokaan dan perlombongan mineral, dan juga terlibat dalam pertanian secara bio dinamik dan organik , pemuliharaan hutan, pembangunan dan bidang kesihatan. SMGB Group berpegang teguh dengan kemakmuran yang berterusan dan rezeki yang dikongsi dengan semua.

SMGB Group juga merupakan penaja utama untuk Liga Indera SMGB.