Asset 1

Sesi pemilihan skuad wanita PRFC

Pahang Rangers FC telah mengadakan sesi pemilihan skuad wanita PRFC bagi saingan Malaysia Premier Futsal League pada 24 dan 25 April lalu bertempat di KSL Futsal, Setapak.

Sesi pemilihan telah dikendalikan oleh ketua jurulatih skuad Pahang Rangers, Gerard Casas dibantu oleh staff kejurulatihan beliau.

Presiden PRFC, YAM Tengku Fahd Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah turut berkenan hadir memantau dan memberi sokongan pada sesi pemilihan.

Lebih dari 80 bakat-bakat futsal wanita telah mendaftar dan hadir mencuba nasib untuk sesi yang pertama ini.

Sesi kedua sepatutnya diadakan di Kuantan pada awal Mei namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan maka ia terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.