Tempoh rehat panjang disebabkan total lockdown tidak mahu dipersiakan Khaiyum Khaimi yang tekad kembali ke gelanggang sebagai pemain yang lebih baik.

Selain terlibat dalam sesi latihan secara online, Khaiyum juga memperuntukkan masanya sendiri untuk meningkatkan potensi dengan menonton video-video perlawanan membabitkan Pahang Rangers mahupun pasukan lain.

“Saya tahu sesi online semata-mata tak cukup, sebab ia tak sama dengan latihan secara bersemuka jadi saya juga buat extra untuk jaga fitness. Kita pun tak tahu sampai bila kena macam ni, jadi elok sentiasa bersedia.

“Coach Gerard juga sentiasa berkongsi video-video taktikal untuk kami study dan memahami dengan lebih baik kelemahan yang perlu dibaiki. Malah saya turut meluangkan masa untuk belajar dengan menonton video di youtube.

“Saya berharap tahun ini dapat lebih menonjol selepas beberapa tahun menanti peluang. Saya akan guna sebaik mungkin dan balas kepercayaan yang diberi,” kata Khaiyum yang menyertai Pahang Rangers pada 2019.

Close
Close
Sign in
Close
Cart (0)

No products in the cart. No products in the cart.