Pahang Rangers berbesar hati memaklumkan bahawa ketua jurulatih, Gerard Casas akan terus membimbing pasukan dalam saingan Malaysian Premier Futsal League 2023.

Ia akan menjadi tahun keempat buat pengendali dari Sepanyol itu bersama PRFC setelah hadir menggantikan Taufik Yaiyah bermula musim 2020.

“Ia keputusan sukar, saya telah mengambil masa agak lama membuat pelbagai pertimbangan sebelum memutuskan untuk terus mengemudi pasukan ini. Terima kasih kepada pengurusan terutamanya YAM Tengku Fahd atas sokongan hebat.

“Tahun keempat di sini, memang secara peribadi saya akui ia akan menjadi lebih sukar tetapi saya sudah sedia berikan segalanya untuk menjadikannya musim yang terbaik,” ujar Gerard selepas bersetuju lanjutan kontrak.

Gerard akan dibantu oleh tiga penolong jurulatih berpengalaman iaitu Norkhairi Ab Rahman, Rahimi Shatar dan Iqbal Aikal – ketiga-tiganya bekas pemain Pahang Rangers.

Kelab juga mengekalkan khidmat Syahir Ab Aziz sebagai pengurus pasukan, Nur Ain Iwani sebagai admin pasukan, Muhammad Aiman sebagai pegawai media pasukan dan Mohd Rizwan Firdaus sebagai kitman pasukan.

Syahir Ab Aziz dan Muhammad Aiman telah bersama kelab sejak awal penubuhan dan akan membawa lencana PRFC di dada buat musim ketujuh.

Close
Close
Sign in
Close
Cart (0)

No products in the cart. No products in the cart.