Ketua jurulatih Pahang Rangers FC, Gerard Casas menganggap penangguhan sepak mula Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah langkah tepat.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu berkata, keputusan itu bersandarkan kepada kes harian wabak pandemik Covid-19 yang meningkat dan membimbangkan.

“Walaupun ini bermakna sukan futsal suram tanpa aksi untuk hampir dua tahun (sejak September 2019), apa yang lebih penting adalah keselamatan.

“Oleh itu, semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Saya harap tempoh rehat panjang ini dapat memberi ruang secukupnya kepada pemain Pahang Rangers yang mengalami kecederaan segera sembuh,” katanya.

Baru-baru ini, FAM mengumumkan penangguhan kempen MPFL yang dijadualkan pada 12 Jun ini.

Tarikh baru kejohanan berkenaan akan ditentukan dalam sesi perbincangan pada 7 Jun ini.

Musim ini, Pahang Rangers diundi dalam Kumpulan B dalam saingan liga berkenan.

Selain Pahang Rangers, turut berada dalam kumpulan itu ialah Selangor MAC, Sabah, Sarawak United, Kelantan FC, KL City FC, Kuala Lumpur, Melaka, PDRM FC dan Pulau Pinang.

Close
Close
Sign in
Close
Cart (0)

No products in the cart. No products in the cart.