Asset 1

Farhana dilantik ketua jurulatih skuad wanita PRFC

Pahang Rangers FC berbesar hati mengumumkan pelantikan Farhana Abdullah sebagai ketua jurulatih pasukan wanita PRFC.

Figura berusia 34 tahun dari Sabah ini merupakan pemegang Lesen Kejurulatihan Futsal AFC Level 1 dan membawa bersama CV yang dikagumi dalam arena futsal.

Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan yang pernah memenangi pingat gangsa di Sukan SEA 2013 dan beraksi di Kejohanan Futsal Wanita AFC 2015.

Manakala di pentas domestik, Farhana pernah menyarung jersi antaranya KL Figos, MASUM, Uitm FC, Selangor PKNS serta Selangor dan pernah dua kali bergelar juara Liga Futsal Felda Kebangsaan.

Pemegang Ijazah dalam Pengurusan Sukan dari Uitm Shah Alam ini juga berpengalaman melatih beberapa pasukan antaranya Akademi Futsal MOTA, Skuad Wanita Universiti Malaya dan Uitm Shah Alam.

Selamat datang Farhana Abdullah ke keluarga PRFC!