Asset 1

Cassandra dilantik penolong jurulatih skuad wanita PRFC

Kami berbesar hati mengumumkan Cassandra Devi Jeremiah sebagai penolong jurulatih skuad wanita Pahang Rangers FC.

Bekas ratu cantik dari Sabah ini turut membawa bersama pengalaman luas dalam arena futsal, sama ada sebagai pemain mahupun jurulatih.

Cassandra yang mempunyai Lesen Kejurulatihan Futsal AFC Level 1 merupakan bekas penjaga gol skuad bolasepak wanita Sabah dan juga kebangsaan.

Cassandra pernah mewakili negara di Kejohanan AFC, Kejohanan AFF dan Sukan SEA dari tahun 2009-2011 manakala di pentas domestik pula, selain Sabah beliau juga pernah bermain dengan MISC MIFA (juara Piala Tun Sharifah Rodziah) dan Perak.

Berkelulusan Ijazah Sains Sukan, Cassandra terlibat dalam bidang kejurulatihan bermula 2015 sebagai Ketua Jurulatih Kolej Dayasari (Universiti Malaya) dan jurulatih penjaga gol skuad wanita Universiti Malaya yang beraksi di Liga Futsal IPT.

Selamat datang diucapkan kepada Cassandra Devi Jeremiah!