Aksi menentang Negeri Sembilan pada 29 Mei lalu, membawa khabar gembira buat kem PRFC dengan kembalinya Awal Mohd ke gelanggang setelah beberapa bulan tersisih kerana kecederaan.

Pemain berusia 24 tahun yang digelar baby-faced assasin (pemusnah berwajah bayi) itu mengalami kecederaan lutut ketika perlawanan MPFL 2022, juga menentang Negeri Sembilan pada 30 Januari lalu.

Ini menyaksikan Awal hanya bermain 4 perlawanan sahaja musim ini dan terpaksa melupakan baki saingan liga, yang mana PRFC bergelar naib juara.

Kehadiran semula pemain itu tatkala pasukan sedang dalam persiapan untuk menghadapi Piala Futsal Malaysia, jelas mengujakan Gerard Casas.

“Saya cukup gembira dengan kembalinya Awal ke gelanggang, bukan sahaja saya tapi kita semua begitu merasai kehilangan dan merindui kelibatnya.

Dia telah bekerja keras untuk kembali dan berhak untuk menikmati semula futsal, welcome back sleepy!”, ujar Gerard.

Kecederaan yang dialami Awal turut menyaksikan tonggak skuad kebangsaan ini terlepas dua assignment penting untuk tahun ini iaitu Piala AFF dan Sukan SEA 2021.

Sejak menyertai Pahang Rangers pada 2020, Awalluddin belum dapat menyerlahkan potensi penuhnya berikutan saingan liga dibatalkan selama dua tahun, dan bergelut dengan beberapa siri kecederaan berulang termasuklah ketika bermain di Kejohanan Jemputan AFF pada tahun lalu.

Close
Close
Sign in
Close
Cart (0)

No products in the cart. No products in the cart.