Keinginan untuk menyarung jersi kebangsaan sentiasa membara dalam diri Muhammad Farhan Khairul Anuar dan dia percaya Pahang Rangers dapat membantu merealisasikan impian itu.

Pemain dikenali sebagai Apan itu gagal memecah masuk ke dalam skuad senior Harimau Malaya meskipun pernah beraksi dengan skuad B-20 beberapa tahun lalu namun dia tidak pernah berputus asa mengintai peluang tersebut.

“Saya berada dalam skuad B-20 kebangsaan pada 2017 ketika bermain di LFK B-19 bersama Kuala Lumpur tetapi kemudian digugurkan.

“Saya tidak pernah dipanggil selepas itu untuk skuad B-20 mahupun senior tetapi keinginan untuk mewakili negara tidak pernah padam.

“Ia adalah impian saya dan bersama Pahang Rangers saya percaya impian itu akan jadi kenyataan. Pahang Rangers mempunyai jurulatih yang hebat dan rakan sepasukan berkualiti, saya boleh belajar dan tingkatkan prestasi dengan adanya tunjuk ajar pemain-pemain senior dan pemain muda berdaya saing,” kata Apan yang menjadikan Khairul Effendy Bahrin sebagai idola.

Pemain berusia 23 tahun ini turut pernah bersama pasukan Pahang pada 2018; KL dan KL City pada 2017 serta Sabah Quilmes Ambush pada 2015.

Dia terpilih menyertai Pahang Rangers selepas mengharungi sesi pemilihan selama sebulan pada awal 2019, dan menganggap dirinya bertuah diberi peluang beraksi dengan pasukan bercita-cita tinggi seperti Pahang Rangers.

Close
Close
Sign in
Close
Cart (0)

No products in the cart. No products in the cart.